Khairy akui ada menteri tidak beri contoh baik ingkar SOP


Ravin Palanisamy

Khairy Jamaluddin berkata pemimpin sepatutnya memberi contoh yang baik kepada rakyat bagi memastikan pematuhan SOP mengekang Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Julai, 2021.

KHAIRY Jamaluddin mengakui pemimpin kerajaan tidak memberikan contoh yang baik ketika negara memerangi Covid-19 dengan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Beliau berkata demikian dalam wawancara bersama akhbar Sydney Morning Herald dan The Age yang berpangkalan di Australia, beliau berkata berita mengenai pemimpin kerajaan yang melanggar SOP tidak diterima ramai, sambil menambah kepemimpinan melalui teladan adalah penting.

“Saya fikir berhubung perkara itu, kami ada melakukan beberapa kesalahan,” kata Khairy yang merupakan menteri sains, teknologi dan inovasi.

Ketika negara berada di bawah sekatan pergerakan, beberapa pemimpin politik kerajaan didapati melanggar SOP baru-baru ini dan menerima kecaman orang ramai di media sosial.

Antaranya ialah Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor; Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Mohd Rashid Hasnon; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mustapa Mohamed; dan Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa baru-baru ini.

“Selepas beberapa ketika, sangat sukar untuk memastikan masyarakat patuh (SOP) kerana kelesuan (fatigue). Dan saya tidak menyalahkan rakyat.

“Ini kerana sukar mematuhi sekatan yang sangat tidak natural terhadap perlakuan atau pergerakan anda.

“Akhirnya, akan ada masa di mana orang tidak mematuhinya lagi,” tambah Khairy.

Pada 3 Jun, seorang pengguna Facebook mendakwa beliau dan suami melihat Sanusi di sebuah pusat jualan kereta di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan memandu uji kereta. – 15 Julai, 2021.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen