Myanmar akan terima 6 juta dos vaksin Covid-19 dari China


Daripada 1.75 juta penduduk di Myanmar, kira-kira 54 juta sudah divaksinasi. Negara ini akan menerima enam juta vaksin dari China pada Ogos. – Gambar EPA, 15 Julai, 2021.

MYANMAR akan menerima enam juta vaksin Covid-19 dari China pada Ogos, kata seorang pegawai kerajaan semalam ketika kes-kes semakin meningkat di negara yang dilanda krisis rampasan kuasa.

Kerajaan tentera sudah membeli empat juta dos dan Beijing akan menyumbangkan dua juta lagi dos vaksin Covid-19, kata seorang pegawai kanan dari kementerian maklumat kepada AFP yang tidak mahu nama disiarkan.

Satu juta dos pertama akan tiba pada minggu terakhir Julai, kata pegawai berkenaan.

Mereka tidak memberikan perincian mengenai vaksin yang akan diberikan oleh China atau tarikh ketibaan yang tepat untuk baki lima juta vaksin berkenaan.

Myanmar yang berdepan gelombang jangkitan baharu dengan ribuan pekerja kesihatan melakukan mogok pada Februari menentang junta tentera yang menggulingkan pemimpin Aug San Suu Kyi.

Pada Rabu, Majlis Pentadbiran Negeri – sebagaimana yang disebut oleh junta tentera – melaporkan lebih 7,000 kes baharu Covid-19, meningkat kurang 50 kes sehari pada awal Mei.

Menurut angka rasmi, lebih 4,100 penduduk Myanmar meninggal dunia akibat virus berkenaan, walaupun penganalisis berkata jumlah sebenar mungkin lebih tinggi.

Daripada 1.75 juta penduduk di negara ini, kira-kira 54 juta sudah divaksinasi, menurut pihak berkuasa.

Awal bulan ini, media negeri melaporkan pemimpin junta Min Aung Hlaing bersetuju membeli dua juta vaksin dari Rusia – sekutu utama lain – tanpa menentukan vaksin mana. – AFP, 15 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen