SEORANG tentera Armenia terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Azerbaijan pada Rabu, kata Kementerian Pertahanan Armenia.
Ia merupakan insiden terbaharu antara kedua-dua negara sejak konflik tercetus di wilayah Nagorno-Karabakh.
Menurut kementerian itu, tentera berkenaan terbunuh dalam pertempuran di sempadan kedua-dua negara dan menuduh Azerbaijan melepaskan tembakan ke arah tenterannya memaksa mereka membalas tembakan.
“Di pihak tentera Azerbaijan juga ada yang terkorban,” katanya.
Namun pihak tentera Azerbaijan menafikan dakwaan itu dan menuduh tentera Armenia yang mula melepaskan tembakan hingga mencederakan seorang tenteranya di wilayah Nakhichevan.
Sebelum ini, Armenia dan Azerbaijan berperang merebut wilayah Nagorno-Karabakh yang menyebabkan 6,500 orang terkorban sekaligus membatalkan gencatan senjata.
Ketegangan semakin memuncak pada Mei tahun lalu apabila Armenia menuduh tentera Azerbaijan melintasi sempadan selatannya. – AFP, 14 Julai, 2021.
Komen