Petaling Street sunyi selepas perniagaan terjejas


Angie Tan

Lebih 1,000 kedai di sepanjang Petaling Street dan kira-kira 20% sudah ditutup sejak dua bulan lalu susulan PKP bagi mengekang Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Julai, 2021.

PERNIAGAAN di Jalan Petaling atau lebih dikenali sebagai Petaling Street yang ikonik dan menjadi tarikan pelancongan di tengah-tengah Kuala Lumpur tidak lagi dapat mempertahankan operasi mereka selepas tiga kali perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan bagi mengekang penyebaran Covid-19.

Terdapat lebih 1,000 kedai di sepanjang Petaling Street dan kira-kira 20% sudah ditutup sejak dua bulan lalu.

Sebahagian besar daripada mereka menjalankan perniagaan makanan, beroperasi dari kedai-kedai dan dari gerai di tepi jalan.

Jalan yang dahulu sibuk kini sepi.

Terdapat kebimbangan lebih banyak perniagaan akan terpaksa ditutup kerana tidak diketahui berapa lama wabak itu akan berlanjutan.

Presiden Persatuan Pedagang Kuala Lumpur dan Petty Ang Say Tee berkata kedai, restoran, hotel dan kedai cederamata di situ bergantung dengan kehadiran pelancong untuk bertahan.

“Peniaga dan penjaja terkesan. Ada yang memberitahu mereka tidak lagi ingin terus menjalankan perniagaan dan jika sekatan pergerakan dilanjutkan, akan ada lebih banyak kedai ditutup di Petaling Street,” kata Ang kepada The Malaysian Insight.

Beliau menambah, jika lebih banyak perniagaan terus tutup, ia akan mempengaruhi ekonomi Malaysia dan akan berlaku gelombang pengangguran.

Peniaga dan penjaja bersedia mengikut prosedur operasi standard (SOP) Putrajaya tetapi terbukti langkah-langkah kerajaan telah gagal kerana jumlah kes terus meningkat dan perniagaan tidak dapat beroperasi seperti biasa.

Katanya, sewa di Petaling Street di antara RM10,000 hingga RM20,000 sebulan.

Walaupun beberapa tuan tanah bersedia mengurangkan kos sewa selepas wabak melanda tahun lepas, ada juga tidak mampu berbuat demikian kerana mereka juga berdepan masalah sendiri.

“Pendapatan kami semakin berkurangan tahun ini dan agak sukar untuk membayar sewa serta gaji pekerja kami. Saya harap kerajaan akan mengumumkan pakej rangsangan bagi membantu perniagaan kecil,” katanya.

Beliau berharap perniagaan akan terus berjalan seperti yang diharapkannya.

“Saya yakin tempat pelancongan di seluruh dunia berdepan masalah sama tetapi saya mempunyai keyakinan di Petaling Street. Walaupun saya gagal, persatuan dan penjual akan menang,” katanya. – 14 Julai, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen