Pencapaian tamadun ekologi China diiktiraf masyarakat antarabangsa 


China mempertingkat tamadun ekologi dan menggubal undang-undang berkaitan yang membantu dalam memperbaiki persekitaran ekologi.– Gambar EPA, 13 Julai, 2021.

FORUM Antarabangsa Tamadun Ekologi Guiyang 2021, bertemakan “Pembangunan Hijau-Bersama Bina Komuniti Berkongsi Nasib Manusia dan Alam” membuka tirainya di ibu kota wilayah Guizhou, pada Isnin.

Antara isu dibincangkan termasuk agenda pembangunan mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2030, matlamat puncak karbon dan neutral karbon, serta strategi pembangunan kawasan ekonomi Sungai Yangtze.

Difahamkan, platform komunikasi dan berkongsi pengalaman dalam bidang pembangunan hijau akan turut disediakan, sekali gus boleh meningkatkan lagi tahap kerjasama tamadun ekologi antarabangsa.

Forum tersebut akan diadakan secara fizikal dan dalam talian dengan melibatkan penyertaan 500 orang termasuk pegawai kerajaan, pakar, pemimpin pertubuhan antarabangsa dan syarikat dari seluruh dunia.

Dalam pada itu, usaha China untuk mempertingkat tamadun ekologi dan menggubal undang-undang berkaitan yang membantu dalam memperbaiki persekitaran ekologi secara berterusan turut mendapat perhatian.

Perdana Menteri Tonga, Pohiva Tu’i onetoa menyatakan, pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030 oleh China memberikan sumbangan besar kepada keindahan bumi.

Menurut beliau, usaha dan pencapaian negara Tembok Besar ini harus diiktiraf dan dihargai masyarakat antarabangsa. – Bernama, 13 Julai, 2021.

 
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen