Hotel runtuh di China, 8 maut, 9 hilang 


Ambulans membawa mangsa dari lokasi kejadian ke hospital di bandar Suzhou di wilayah Jiangsu timur China.– Gambar EPA, 13 Julai, 2021.

LAPAN terbunuh manakala sembilan yang lain masih hilang selepas sebuah hotel runtuh di bandar Suzhou di wilayah Jiangsu timur China, kata pihak berkuasa tempatan pada Selasa.

Kejadian berlaku kira-kira 3.33 petang Isnin, seramai 23 mangsa dilaporkan terperangkap, lapor Xinhua.

Siasatan awal mendapati punca runtuhan disebabkan kerja-kerja ubah suai di hotel berkenaan dibuat tanpa kelulusan pihak berkuasa, menurut pemerintah daerah Wujiang. 

Siasatan lanjut mengenai punca sebenar kejadian sedang dilakukan.– Bernama, 13 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen