Lebih 400,000 dos vaksin Covid-19 diberi semalam, kata JKJAV


Raevathi Supramaniam

Sebanyak 421,479 dos vaksin diberi semalam berbanding 291,217 yang direkodkan semalam, kata JKJAV di Twitter.– Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Julai, 2021.

LEBIH 400,000 dos vaksin sudah diagihkan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV). 

Sebanyak 421,479 dos vaksin diberi semalam berbanding 291,217 yang direkodkan pada 11 Julai, maklum jawatankuasa itu di Twitter hari ini.

Menurut data JKJAV, jumlah dos yang direkodkan semalam juga adalah yang tertinggi setakat ini, sejak program imunisasi Covid-19 dilancarkan.

Pemberian vaksin di seluruh negara mencatatkan agihan lebih 300,000 dos selama enam hari berturut-turut sebelum sedikit menurun dua hari lalu.

Sebanyak 313,761 dos diberikan pada 5 Julai; 340,043 (6 Julai), 375,842 (7 Julai), 376,909 (8 Julai), 337,478 (9 Julai) dan 324,745 (10 Julai).

Daripada 421,479 dos yang diberi semalam, 264,034 adalah dos pertama, manakala 157,445 lagi adalah dos kedua. – 13 Julai, 2021. 

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen