Kes baharu Covid-19 di Indonesia lepasi 40,000 jangkitan


Seorang badut berdiri di tengah jalan raya yang sibuk di kota Jakarta sambil memegang plakad mengajak orang ramai sentiasa memakai pelitup muka bagi mengekang penularan Covid-19. – Gambar EPA, 13 Julai, 2021.

SITUASI Covid-19 di Indonesia semakin buruk dengan lebih 40,000 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Menurut data Badan Nasional untuk Pengurusan Bencana (BNPB) melalui Twitternya @BNPB_Indonesia hari ini, sejumlah 40,427 kes baharu dicatat menjadikan keseluruhan kes berjumlah 2,567,630.

Sebanyak 891 kematian direkodkan dari 12 tengah hari Ahad hingga 12 tengah hari Isnin dengan jumlah korban keseluruhan seramai 67,355.

Bermula 3 Julai hingga 20 Julai, kerajaan Indonesia memperketat protokol kesihatan berkaitan Covid-19 dengan melaksanakan darurat di pulau Jawa dan Bali.

Jika jumlah kes terus meningkat, Indonesia akan memperluas langkah pencegahan yang menyekat pergerakan dan kontak rapat. – Bernama, 13 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen