HUJAN lebat dan petir yang melanda Uttar Pradesh, Rajasthan dan Madhya Pradesh mengorbankan hampir 70 orang serta mencederakan ramai yang lain dalam tempoh 24 jam, kata pegawai hari ini.
Angka kematian akibat dipanah petir di Uttar Pradesh meningkat kepada 42 hari ini, sementara tujuh di Madhya Pradesh, dan sekurang-kurangnya 20 lagi terkorban di Rajasthan semalam, lapor Agensi Berita Xinhua.
Seorang pegawai di bilik kawalan bencana Uttar Pradesh, di ibu negara Lucknow ketika dihubungi mengesahkan seramai 42 terbunuh di 17 daerah di Uttar Pradesh.
Perdana Menteri Narendra Modi yang turut bersedih dengan kejadian itu.
“Ramai kehilangan nyawa akibat dipanah petir di beberapa daerah di Rajasthan. Saya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga si mati,” katanya di Twitter.
Ketua Menteri Rajasthan Ashok Gehlot mengumumkan pampasan akan diberikan kepada waris mangsa. – Bernama, 12 Julai, 2021.
Komen