CHINA akan berusaha menjamin rantaian bekalan logistik antarabangsa beroperasi dengan stabil dan lancar, di samping menggalakkan pembangunan perkhidmatan pengangkutan perkapalan demi mewujudan modenisasi negara.
Demikian menurut Naib Menteri Pengangkutan China, Zhao Chongjiu ketika berucap pada forum sempena Hari Pelayaran China ke-17 pada Ahad.
Disambut pada 11 Julai setiap tahun, forum bertemakan “Bersama Cipta Masa Depan Pengangkutan Perkapalan yang Cermerlang” kali ini diadakan secara maya di bandar Kunming, wilayah Yunan China susulan langkah pencegahan wabak Covid-19.
Zhao turut mengumumkan bahawa pelabuhan China berjaya menduduki tempat pertama dunia.
“Daripada 10 pelabuhan utama di dunia daripada segi daya pengendalian kargo dan kontena, masing-masing ada lapan dan tujuh pelabuhan dari China tersenarai.
“Selain itu, China juga mempunyai kapal pengangkutan kedua terbesar di dunia,” jelas Zhao.
Menurutnya, industri pengangkutan perkapalan berperanan penting dalam mendorong kitaran ekonomi dalam dan luar negara, selain dapat menggalakkan globalisasi ekonomi dunia.
China akan meningkatkan gabungan infrastuktur dengan negara yang terlibat dalam Laluan Sutera Maritim Abad ke-21, mempergiat penyertaan dalam tadbir urus pengangkutan perkapalan antarabangsa untuk menggalakkan kerjasama yang terbuka dan saling menguntungkan dalam bidang tersebut. – Bernama, 12 Julai, 2021.
Komen