AMARAN cuaca panas melampau dikeluarkan untuk sebahagian besar kawasan Teluk San Francisco Amerik Syarikat berikutan panas terik melanda beberapa bahagian di wilayah ini.
Xinhua melaporkan ketika San Francisco dan bandar-bandar di pesisir pantai dilanda suhu lebih rendah, beberapa bandar pedalaman di Bay Area dan California utara mengalami suhu tinggi pada hujung minggu lalu.
Menurut ramalan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan pada Ahad pagi, ibu negara California, Sacramento dijangka mencapai 108 darjah Fahrenheit (42.2 darjah Celsius) manakala Merced di California Tengah akan mengalami suhu tinggi 111 darjah Fahrenheit (43.9 darjah Celsius).
Suhu diramal menurun bermula Isnin sehingga pertengahan minggu. – Bernama, 12 Julai, 2021.
Komen