Menteri buruh Palestin tidak jadi letak jawatan


Penunjuk perasaan membawa gambar aktivis Nizar Banat yang mati dalam tahanan selepas diheret keluar dari rumahnya ada Jun lalu. – Gambar EPA, 12 Julai, 2021.

MENTERI Buruh Palestin Nasri Abu Jaish kekal memegang jawatannya walaupun sebelum ini berkata akan berundur susulan tunjuk perasaan terhadap kematian seorang aktivis dalam tahanan.

Beliau yang mewakili Parti Rakyat sayap kiri dalam kerajaan sebelum ini berkata pengunduran pada akhir Jun lalu disebabkan wujud ketirisan undang-undang dan kebebasan awam.

Penangguhan pengundurannya diumumkan berikutan penunjuk perasaan menuntut Presiden Mahmud Abbas untuk meletakkan jawatan atas penangkapan dan kematian tahanan aktivis, Nizar Banat.

Sementara itu, Nasri dalam satu kenyataan berkata Perdana Menteri Mohammad Shtayyeh turut menolak dua kali pengunduran dirinya dan meminta terus memegang jawatan itu.

Nizar, 43, terkenal dengan video media sosial yang mengecam dakwaan rasuah dalam Pihak Berkuasa Palestin (PA), meninggal dunia pada 24 Jun sejurus pasukan keselamatan menyerang rumahnya, memukul dan mengheretnya.

Walaupun PA berkata siasatan terhadap kematian Nizar akan dibuat, penunjuk perasaan terus melakukan protes beberapa minggu selepas itu.

Semalam, ratusan orang di Ramallah meminta Mahmud berundur, mengecam penggunaan kekuatan keamanan Palestin dalam memadamkan demonstrasi baru-baru ini.

Sebelum ini, Nizar turut mendaftar sebagai calon pemilihan Parlimen Palestin yang ditetapkan pada Mei lalu, tetapi Mahmud menangguhkannya. – AFP, 12 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen