KARTRIJ permainan video klasik Nintendo “Super Mario 64” mencatat rekod dunia pada Ahad apabila berjaya dijual dalam lelongan dengan harga AS$1.56 juta.
Ia menjadi kartrij permainan pertama yang dijual melebih AS$1 juta, hanya dua hari selepas salinan “The Legend of Zelda” - dibuat untuk konsol Nintendo NES lama - dijual pada harga AS$870,000.
Heritage Auctions yang berpusat di Dallas, yang mengendalikan kedua-dua penjualan tersebut, belum mengenal pasti pembeli.
Sebelum Jumaat, rekod lelongan permainan video adalah jualan pada April 1986 bagi kartrij “Super Mario Bros” berharga AS$660,000.
Permainan video retro semakin popular di kalangan pengumpul lama beberapa tahun kebelakangan ini, menyebabkan harga lelong konsol dan kartrij lama melonjak.
Tahun lalu menyaksikan harga rekod bukan sahaja untuk permainan video tetapi juga kad Pokemon dan koleksi digital yang dikenali sebagai NFTs (Non-Fungible Tokens). – AFP, 12 Julai 2021.
Komen