BEKAS menteri ekonomi Mexico Iidefonso Guajardo, salah seorang perancang utama perjanjian perdagangan Amerika Utara, hadir di mahkamah pada Jumaat untuk berdepan pertuduhan mengayakan diri sendiri, kata pendakwaan.
Hakim memutuskan yang wujud bukti untuk meneruskan kes terhadap Guajardo, yang berkhidmat di bawah kepimpinan bekas presiden Enrique Pena Nieto (2021-2018).
Guajardo memainkan peranan utama dalam rundingan Perjanjian AS-Mexico-Kanada (USMCA) yang berkuatkuasa tahun lepas, menggantikan Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara 1994 (NAFTA).
“Sepanjang 2014 hingga 2018 individu ini, selaku penjawat awam, berkemungkinan meningkatkan asetnya tanpa sebab munasabah yang asal usul kesahihannya tidak dapat dibuktikan,” kata pendakwaan dalam satu kenyataan.
Tindakan perundangan itu dilancarkan atas permohonan Pejabat Pendakwa Raya Khas untuk Memerangi Korupsi, kata kenyataan.
Guajardo, yang dipilih rakyat, menyifatkan pertuduhan ke atasnya sebagai “pertuduhan politik”, dalam satu komen kepada stesen W Radio.
Katanya beliau sudah menyerahkan dokumen kepada pihak berkuasa yang menunjukkan kesahihan pemindahan sembilan juta peso (AS$450,000) ke dalam akaun bank peribadinya.
Hakim membebaskan sementara Guajardo dan memberikan masa empat bulan untuk pihak pendakwaan dan pembelaan menyerahkan bukti tambahan.
Guajardo adalah ahli kedua dalam Kabinet Pena Nieto yang didakwa kerana korupsi.
Rosario Robles, bekas menteri bertanggungjawab untuk program pembangunan sosial dan kemiskinan luar bandar ditahan pada 2019 atas pertuduhan mencuri lebih AS$300 juta.
Luis Videgaray, yang berkhidmat sebagai menteri kewangan dan luar negara di bawah Pena Nieto juga dituduh kerana rasuah, menurut pendakwaan, tetapi tiada proses perundangan dibuat terhadapnya.
Pada Jun lalu, Videgaray hilang kelayakan untuk memegang jawatan awam selama 10 tahun.
Pengganti Peta Nieto, Presiden Andres Manuel Lopez Obrador mula berkuasa pada 2018 dan berikrar akan membasmi masalah rasuah di negara itu. – AFP, 10 Julai, 2021.
Komen