VAKSIN Covid-19 dua dos jenis Soberana 02 buatan Cuba, dengan penggalak (booster) Soberana Plus, menunjukkan kadar keberkesanan 91.2% dalam ujian klinikal fasa akhir, lapor Sputnik memetik Kementerian Kesihatan.
“Kadar keberkesanan tersebut lebih tinggi berbanding syarat ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi membolehkan sesuatu vaksin Covid-19 diluluskan,” kata kementerian menerusi Telegram pada Khamis.
Sebelum ini, saintis Cuba mendakwa vaksin jenis Abdala, menunjukkan keberkesanan sehingga 92.28%.
Sehingga kini, negara ini telah membangunkan empat jenis vaksin Covid-19. – Bernama, 9 Julai, 2021.
Komen