9 maut pesawat ringan terhempas di Sweden


Pesawat ringan membawa sembilan penumpang itu terhempas berdekatan lapangan terbang di Sweden pada Khamis.– Gambar EPA, 9 Julai, 2021.

SEBUAH pesawat ringan yang digunakan untuk aktiviti payung terjun terhempas berdekatan lapangan terbang di Sweden pada Khamis, menyebabkan kesemua sembilan penumpang maut, lapor AFP memetik media tempatan.

Pesawat yang membawa lapan penerjun udara dan juruterbang terhempas pada jam 7 petang waktu tempatan, sejurus berlepas dari lapangan terbang Orebro, kira-kira 160km di barat Stockholm.

Media tempatan melaporkan pesawat DHC-2 Beaver itu disewa sebuah kelab payung terjun terjun bagi satu acara sempena musim panas.

“Kebiasaannya, kebanyakan aktiviti payung terjun diadakan pada hujung minggu, tetapi mereka sewa untuk aktiviti sepanjang minggu,” Ketua Komunikasi Swedish Skydiving Association Anna Oscarsson memberitahu stesen televisyen SVT.

Pada 2019, sembilan orang maut apabila sebuah pesawat yang juga membawa penerjun udara terhempas di Umea, di timur laut Sweden. – AFP, 9 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen