Polis Haiti tahan suspek kes bunuh presiden


Polis Haiti berkata pembunuhan Presiden Haiti Jovenel Moise dipercayai dilakukan oleh sekurang-kurangnya 28 individu.– Gambar EPA, 9 Julai, 2021.

PEMBUNUHAN Presiden Haiti Jovenel Moise dipercayai dilakukan oleh sekurang-kurangnya 28 individu, kata polis negara itu.

Ketua Pengarah Polis Kebangsaan Leon Charles berkata 26 daripada mereka adalah warga Colombia, manakala dua lagi rakyat Amerika Syarikat (AS) berasal dari Haiti.

“Seramai 15 warga Colombia dan dua rakyat AS yang berasal dari Haiti sudah ditahan. 

“Tiga warga Colombia terbunuh, manakala lapan lagi masih bebas,” katanya pada sidang media semalam, menambah senjata yang digunakan dalam pembunuhan juga berjaya ditemui.

Sidang media diadakan sehari selepas Moise dan isterinya Martine diserang sekumpulan lelaki bersenjata di kediaman peribadi mereka di Port-au-Prince. 

Moise maut ditembak pada kejadial awal pagi Rabu lalu, manakala isterinya cedera. Martine kini dirawat di sebuah hospital di Miami dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. – AFP, 9 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen