Gempa 5.9 magnitud gegar sempadan California-Nevada


GEMPA bumi berukuran 5.9 magnitud melanda kawasan sempadan California dan Nevada pada Khamis.

Gegaran turut dirasai di kawasan berhampiran seperti Sacramento namun tiada laporan kerosakan atau kemalangan jiwa. 

Gegaran berpusat di utara California kira-kira 50 kilometer dari Carson City di Nevada, kata Agensi Geologi Amerika Syarikat (USGS). 

Ia diikuti dengan beberapa siri gegaran susulan yang dirasakan di kedua-dua negeri barat AS itu.

“Gegaran turut dirasakan di Sacramento. Ia berlarutan kira-kira 20 saat,” kata wartawan San Francisco Chronicle Dustin Gardiner. 

Jabatan perkhidmatan kecemasan California berkata pihaknya kini memantau situasi itu. 

“Setakat ini tiada laporan kerosakan atau kecederaan, namun keadaan boleh berubah dan butiran lanjut akan diperoleh dalam beberapa jam lagi,” kataya di Twitter.  – AFP, 9 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen