26 terbunuh dalam dua letupan oleh pengebom bunuh diri


SERAMAI 26 orang terbunuh dalam dua letupan oleh pengebom bunuh diri di Baghdad hari ini, menjadikan dua serangan dalam tempoh tiga hari di ibu negara Iraq. – Gambar AFP, 15 Januari, 2018.

SERAMAI 26 orang terbunuh dalam dua letupan oleh pengebom bunuh diri di Baghdad hari ini, menjadikan dua serangan dalam tempoh tiga hari di ibu negara Iraq.

Ketua kesihatan Banghdad timur, Dr Abdel Ghani al-Saadi melaporkan seramai “26 terbunuh manakala 90 lagi cedera.”

“Dua pengebom bunuh diri meletupkan diri di Tayyaran Square di tengah Baghdad,” kata Jeneral Saad Maan, wakil Joint Operations Command.

Tayyaran Square merupakan pusat perdagangan dan tempat berhimpun untuk para pekerja mendapatkan pekerjaan di pagi hari.

Jurugambar AFP yang berada di tempat kejadian berkata, banyak ambulans berkumpul selain anggota keselamatan yang ramai dikerahkan di situ.

Setakat ini belum ada pihak yang mendakwa melakukan serangan itu namun kebanyakan serangan seperti itu selalunya dilakukan oleh kumpulan pelampau Daesh.

Pada Disember, kerajaan mengumumkan “tamatnya perang” terhadap pelampau Daesh yang mana telah dihalau keluar dari kawasan Baghdad dan bandar-bandar lain di Iraq.

Bagaimanapun, masih lagi terdapat sisa-sisa pelampau Daesh di utara Baghdad. – AFP, 15 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen