PASUKAN penyelamat Florida membuat keputusan sukar untuk mengakhiri pencarian mangsa terselamat dalam runtuhan bangunan pangsapuri yang berlaku hampir dua minggu lalu, kata Gabenor Miami-Dade, Daniella Levine Cava, semalam.
“Dengan penuh kesedihan… kami membuat keputusan yang sangat sukar untuk beralih dari pencarian operasi dan menyelamat kepada pemulihan,” kata Levine Cava kepada wartawan di Surfside, dekat Miami, sambil menambah peralihan akan dilakukan secara formal pada tengah malam.
“Pada tahap ini, kami benar-benar kehabisan pilihan yang ada dalam misi mencari dan menyelamat.”
Levine Cava berkata lapan lagi mayat ditemui dalam runtuhan Champlain Towers South setinggi 12 tingkat, yang runtuh pada 24 Jun ketika puluhan penghuninya sedang tidur.
Ia menjadikan angka kematian rasmi sebanyak 54 orang, dengan 86 orang masih belum tidak diketahui.
Levine Cava berkata penyiasat akan terus berusaha untuk mengesahkan sama ada mereka berada di dalam bangunan ketika ia runtuh.
Tiada mangsa ditemui sejak hari kejadian runtuh. Puluhan penyelamat, jurutera dan pakar, termasuk pasukan dari Israel dan Mexico, membantu pencarian bersama anjing pengesan dan peralatan berat.
Pada Selasa pihak berkuasa berkata sebanyak 124 tan serpihan berjaya dialihkan setakat ini.
Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca keruntuhan.
Mereka yang terselat dilaporkan terbangun sekitar jam 1.30 pagi (0530 GMT) pada 24 Jun apabila terdengar seakan bunyi guruh yang menggegarkan bilik mereka.
“Rasanya seperti gempa bumi,” kata Janette Aguero, yang menyelamatkan diri dari tingkat 11 menara bersama keluarganya.
Presiden AS Joe Biden mengunjungi ahli keluarga yang bersedih di Surfside pada 1 Julai, dan memuji kesabaran mereka. – AFP, 8 Julai, 2021.
Komen