Presiden Haiti dibunuh kumpulan bersenjata di kediaman sendiri


Presiden Haiti Jovenel Moise (kanan) dengan isterinya Martine Marie Etienne Joseph (kiri), semasa istiadat permasyhura, di Istana Legislatif di Poirt-Au-Prince, Haiti pada 2017. Menurut kenyataan Perdana Menteri sementara Haiti, Claude Joseph yang dikutip oleh media, Presiden Haiti Jovenel Moise didakwa telah dibunuh oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali yang memasuki kediaman peribadinya, sementara isterinya Martine dilaporkan cedera. – Gambar EPA, 7 Julai, 2021.

PRESIDEN Haiti Jovenel Moise dibunuh di kediaman peribadinya oleh sekumpulan lelaki bersenjata tidak dikenali, lapor Sputnik.

“Kira-kira 1 pagi Rabu… sekumpulan individu tidak dikenali, beberapa daripada mereka berbahasa Sepanyol, menyerang kediaman peribadi presiden dan membunuh ketua negara itu,” kata Perdana Menteri sementara Claude Joseph dalam satu kenyataan pada Rabu.

Isteri Moise turut cedera ditembak dan kini sedang dirawat, tambahnya.

Perdana Menteri mengutuk serangan yang disifatkan “sangat keji, tidak berperikemanusiaan dan kejam” serta menyeru semua agar bertenang.

Situasi keselamatan adalah terkawal, katanya. – Bernama, 7 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen