Lagenda Bollywood Dilip Kumar meninggal dunia


Dilip Kumar meraih pelbagai anugerah sepanjang kariernya sebagai anak seni selama lebih lima dekad. – Gambar Facebook, 7 Julai, 2021.

PELAKON lagenda Bollywood, Dilip Kumar meninggal dunia Rabu pagi pada usia 98 tahun, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Dukacita, saya umumkan kematian Tuan Dilip yang kita sayangi, beberapa minit yang lalu. Daripada Tuhan kita datang dan kepadanya kita kembali. Faisal Farooqui,” menurut akaun Twitter Kumar.

Farooqui ialah rakan kepada keluarga Dilip Kumar. 

Doktor yang merawatnya, Dr Jalil Parker, memberitahu media di luar hospital bahawa pelakon itu meninggal dunia pada 7.30 pagi waktu India.

Kumar dilahirkan dan dibesarkan di Qissa Khwani Bazaardi Peshawar, atau Street of Storytellers dan sepanjang kariernya sebagai anak seni selama lebih lima dekad beliau telah merangkul pelbagai anugerah.

Perdana Menteri India Narendra Modi di Twitter berkata “pelakon terkenal itu akan dikenang sebagai “legenda pawagam,” dan pemergiannya satu “kehilangan buat dunia kebudayaan kita.”

“Takziah kepada keluarga, rakan-rakan dan peminatnya.” – Bernama, 7 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen