AMERIKA Syarikat (AS) dan Eropah memberi amaran kepada Iran, susulan usaha pengayaan uranium terbarunya mampu menjejaskan rundingan nuklear di Vienna.
Kecaman merentasi Atlantik itu berlaku beberapa jam selepas Badan Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) melaporkan Iran mahu memperkaya uranium hingga 20%, dalam tanda terakhir perbincangan berpusat di Vienna, bertujuan menghidupkan semula perjanjian nuklear 2015.
“Kami terus mendesak Iran kembali ke Vienna yang disediakan bagi perbincangan nyata serta berada di kedudukan sedia bagi penyelesaian sejak April lalu,” kata jurucakap Jabatan Luar Negeri Ned Price.
Tindakan Iran itu bertujuan membangunkan bahan boleh digunakan bagi pembuatan senjata nuklear.
“Ini membimbangkan kerana Iran memilih untuk terus meningkatkan ketidakpatuhannya terhadap komitmen Pelan Tindakan Menyeluruh Bersama (JCPOA), terutama dengan eksperimen memiliki nilai bagi penyelidikan senjata nuklear. Ini satu lagi tindakan mundur bagi Iran,” katanya.
Kuasa Eropah juga bersuara dengan menteri luar Britain, Perancis dan Jerman menyatakan keprihatinan serius dan memberi amaran langkah Iran me njejaskan perbincangan.
“Menerusi langkah terbarunya, Iran mengancam hasil rundingan Vienna walaupun kemajuan dicapai dalam enam pusingan rundingan sehingga kini,” kata menteri berkenaan dalam kenyataan bersama.
Mereka memberi amaran supaya Iran kembali ke rundingan tanpa berlengah, bertujuan segera mendapatkan kesimpulan, selain berulang kali menegaskan masa tidak berpihak kepada sesiapa pun.
Britain, Perancis, Jerman dan AS antara kekuatan global, bersama China dan Russia, yang menjalankan rundingan perjanjian itu dengan Iran, bertujuan menyekat program nuklearnya. – AFP, 7 Julai, 2021.
Komen