HAMPIR 8,000 pelancong asing memohon Sijil Kebenaran Masuk (COE) melalui kedutaan dan konsulat Thailand di seluruh dunia, sejak negara ini membuka semula Phuket pada 1 Julai menerusi program “Phuket Sandbox”.
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Konsulat Chatchai Viriiyavejakul berkata ramai pelancong asing berminat untuk ke Phuket di bawah program itu, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Sejak program bermula, sejumlah 7,890 pelancong asing mendaftar, setakat ini, 6,119 diberikan Sijil Vaksinasi manakala 2,802 lagi menerima COE.
Katanya, bagi mempercepat proses saringan di lapangan terbang kementeriannya menempatkan petugas tambahan.
Kerajaan menjangkakan kira-kira 100,000 pelancong asing akan mengunjungi Phuket pada suku ketiga tahun ini dari Julai hingga September, menjana pendapatan sekitar 8.9 bilion baht (AS$277 juta). – Bernama, 6 Julai, 2021.
Komen