POLIS menahan seorang lelaki dan merampas lima laras ‘senjata api tiruan’ selepas menyerbu sebuah stor kedai menjual barangan perkakasan di Jalan Permatang Pauh, di Bukit Mertajam semalam.
Menurut sumber lelaki berusia 25 tahun itu ditahan bersama tiga laras raifal tiruan menyerupai HK416 dan dua raifal tiruan menyerupai M16 yang telah diubah suai daripada alat ‘gel blaster’ untuk dijual.
Katanya lelaki yang bekerja di kedai menjual perkakasan itu dipercayai menjalankan kegiatan ubah usai barang berkenaan untuk dijual sejak awal tahun ini, dan mendakwa dia tidak tahu bahawa perbuatan itu adalah satu kesalahan.
Menurutnya difahamkan ada kemungkinan lelaki itu telah menjual lebih 10 laras senjata berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Shafee Abd Samad ketika dihubungi mengesahkan berhubung tangkapan dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960. – Bernama, 4 Julai, 2021.
Komen