17 kluster baharu Covid-19 dikesan, 11 berkait tempat kerja 


Raevathi Supramaniam

17 kluster Covid-19 dikesan melibatkan tempat kerja, penularan komuniti dan kumpulan berisiko tinggi dalam tempoh 24 jam lalu, kata Kementerian Kesihatan. 

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata 11 daripadanya melibatkan tempat kerja manakala lima daripada penularan komuniti dan satu daripada kumpulan berisiko tinggi. 

Tujuh daripada 11 kluster tempat kerja membabitkan kilang.

Kluster tempat kerja adalah:

1. Jalan Wira Lapan di Johor Bahru, Johor - 12 kes
2. Industri Parit Jamil di Muar, Johor - 127 kes
3. Industri Parit Hulu di Muar, Johor - 40 kes
4. Jalan Perindustrian Agas 11 di Tangkak, Johor - 104 kes
5. Kilometer 22 Jalan Gambang di Kuantan, Pahang - 11 kes
6. Industri Bypass Gebeng di Kuantan, Pahang - 52 kes
7. Industri Jalan Bangi Lama di Hulu Langat, Selangor - 79 kes
8. Pengkalan Batu di Pasir Mas, Kelantan - 9 kes
9. Lorong Sungai Tiram di Barat Daya, Timur Laut, dan Seberang Perai Utara di Pulau Pinang - 25 kes
10. Bahtera Barat di Kota Kinabalu, Sabah, 18 kes
11. 35 Bintulu di Bintulu, Sarawak - 21 kes

Kluster komuniti adalah:

1. Sungai Pelepak di Meradong, Sarawak - 26 kes
2. Sungai Entajum di Tatau, Sarawak - 41 kes
3. Kampung Jeram Perdah di Pasir Mas, Kelantan - 8 kes
4. Lorong Empat Sekinchan di Sabak Bernam, Gombak dan Hulu Selangor di Selangor - 41 kes
5. Gong Pasir di Dungun, Terengganu - 29 kes

Satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi dikesan di sebuah kemudahan kesihatan di Johor. Kluster yang dikenali sebagai Persiaran Kempas Jernih di Johor Bahru melaporkan 14 kes. 

Kini sebanyak 869 kluster aktif direkodkan di seluruh negara. – 4 Julai, 2021.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen