Gunung berapi Mayon tunjuk tanda letusan


Warna merah limpahan larva dari puncak gunung berapi Mayon kelihatan di sebalik awan menerusi pemandangan dari bandar Legazpi di wilayah Albay, Filipina, ketika ia mula mengeluarkan letusan kecil awal pagi tadi. – Gambar AFP, 15 Januari, 2018.

FILIPINA menaikkan tahap amaran bagi gunung berapi paling aktif di negara itu dua kali dalam tempoh 24 jam semalam, menunjukkan letusan mungkin berlaku dalam masa beberapa hari lagi.

Institut gunung berapi Filipina berkata api dari kawah puncak gunung berapi Mayon menunjukkan permulaan aliran lahar, sementara wap dan abu menghasilkan tiga letusan wap.

Status Mayon dinaikkan lewat semalam kepada Tahap Tiga, bermakna “kecenderungan meningkat ke arah letusan membahayakan”.

“Ini bermakna Mayon menunjukkan ketegangan tinggi dan magma di kawah dan letusan membahayakan mungkin berlaku dalam masa beberapa minggu atau beberapa hari,” kata Institut Gunung Berapi dan Gempa Bumi Filipina (PHIVOLCS) dalam satu kenyataan.

Lebih 900 keluarga dipindahkan dan diberikan tempat perlindungan sementara di sekolah berhampiran, kata jurucakap agensi bencana kebangsaan kepada Manila Bulletin.

Zon bahaya meliputi 7km dicadangkan di selatan gunung berapi itu.

Penduduk awam digesa berwaspada dan mengelak daripada memasuki kawasan itu kerana bahaya runtuhan batu, tanah runtuh dan letusan yang tiba-tiba atau kubah runtuh mungkin mencetuskan aliran gunung berapi bahaya.

Pihak berkuasa penerbangan awam diberitahu menasihatkan juruterbang supaya elak melalui kawasan berhampiran puncak gunung berapi kerana letusan abu membahayakan pesawat. – AFP, 15 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen