SEBUAH pesawat milik tentera Filipina yang membawa sekurang-kurangnya 85 orang penumpang terhempas pada Ahad, kata ketua pasukan tentera.
Setakat ini 15 penumpang berjaya diselamatkan dari lokasi nahas pesawat jenis C-130, yang terhempas ketika cuba mendarat di Pulau Jolo, wilayah Sulu, kata Jeneral Cirilito Sobejana kepada AFP.
“Pasukan penyelamat kini berada di tempat kejadian, kami berharap agar lebih ramai mangsa dapat diselamatkan,” kata Sobejana.
Kebanyakan penumpang pesawat berkenaan baru menamatkan latihan asas tentera dan dikerahkan ke pulau berkenaan untuk menyertai pasukan khas untuk menangani keganasan.
Pihak tentera Filipina mengerahkan sebahagian besar anggotanya ke selatan Filipina yang menjadi tempat persembunyian kumpulan Abu Sayyaf. – AFP, 4 Julai, 2021.
Komen