SEORANG kardinal yang berpengaruh dan sembilan individu yang lain akan berdepan perbicaraan dalam kes tuduhan salah laku kewangan berhubung pembelian sebuah hartanah mewah di London, umum Vatican.
Julung kalinya dalam sistem perundangan Vatican, Kardinal Itali Angelo Becciu yang juga tokoh penting di Rom dan sekutu rapat Pope Francis, akan dihadapkan ke tribunal pada 27 Julai.
Kardinal berusia 73 tahun itu dipecat daripada jawatannya di Vatican pada September lalu, selepas Francis berkata beliau dituduh menyeleweng wang amal Vatican untuk membantu adik beradiknya.
Becciu akan didakwa atas kesalahan penyelewengan, salah guna kuasa dan mengubah keterangan saksi kes itu, yang ada kaitan dengan skandal kerugian pelaburan Vatican di London yang berlaku ketika beliau memegang jawatan.
Beliau menafikan semua tuduhan itu.
Antara defendan lain dalam perbicaraan Vatican ialah Rene Bruelhart yang juga bekas ketua Pihak Berkuasa Maklumat Kewangan Switzerland, iaitu badan pemantau kewangan Vatican.
Bruelhart juga berdepan tuduhan salah guna kuasa. – AFP, 4 Julai, 2021.
Komen