LEBIH 2,000 penduduk terpaksa berpindah selepas gunung berapi Taal di Filipina menghamburkan gas beracun ke udara, kata pihak berkuasa hari ini.
Gunung berapi yang terletak di sebuah tasik itu mengeluarkan debu sulfur dioksida sejak beberapa hari lalu, menyebabkan beberapa wilayah di Filipina diselubungi jerebu tebal yang membahayakan kesihatan.
Sekurang-kurangnya 2,400 penduduk meninggalkan rumah masing-masing sejak kerajaan mengarahkan mereka segera berpindah, kata pengawai pegurus bencana, Joselito Castro.
“Kami jangka lebih ramai penduduk akan keluar beberapa hari lagi,” katanya.
Gunung berapi Taal antara gunung berapi paling aktif di Filipina dan terletak hanya 50km di selatan Manila.
Pihak berkuasa memberi amaran lebih 317,000 orang mungkin terdedah kepada pelepasan gas beracun dari gunung itu.
Kali terakhir gunung berapi Taal meletus ialah pada Januari tahun lalu, menghamburkan abu setinggi 15km dan lava, sehingga memusnahkan banyak rumah, membunuh haiwan ternakan, manakala lebih 135,000 orang terpaksa berpindah. – AFP, 3 Julai, 2021.
Komen