19 hilang dalam kejadian tanah runtuh di Jepun


Hujan lebat di wilayah Shizuoka di Jepun menyebabkan tanah runtuh sehingga 19 orang hilang. – Gambar EPA, 3 Julai, 2021.

SEMBILAN belas orang hilang dalam kejadian tanah runtuh ekoran hujan lebat di wilayah Shizuoka di Jepun, kata pihak berkuasa tempatan hari ini. 

Rakaman yang disiarkan di televisyen menunjukkan beberapa bangunan musnah, manakala mangsa ditimbus lumpur di bandar Atami.

“Keadaan semua 19 mangsa masih belum diketahui,” kata pegawai pengurusan bencana wilayah Shizuoka.

Kerajaan tempatan juga meminta bantuan ketenteraan untuk menjalankan misi menyelamat, tambahnya.

Kejadian tanah runtuh berlaku sekitar jam 10.30 pagi waktu tempatan, menurut seorang pegawai bandar Atami berkata, menambah ‘beberapa rumah hanyut serta bekalan elektrik bagi 200 kediaman di kawasan itu terputus.

Sebahagian besar Jepun kini dilanda musim hujan, yang kebiasaannya menyebabkan banjir dan tanah runtuh. – AFP, 3 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen