China lancar satelit Xingshidai-10


Ini merupakan misi kali ke-376 bagi roket pembawa Long March. – Gambar EPA, 3 Julai, 2021.

CHINA berjaya melancarkan satelit Xingshidai-10 dengan roket Long March-2D di Pusat Pelancaran Satelit Taiyuan pada 10.51 pagi tadi.

Satelit Xingshidai-10 mempunyai ciri-ciri seperti kos rendah, lebih ringan, penggunaan tenaga rendah, di samping mempunyai resolusi tinggi.

Satelit itu bakal menyediakan perkhidmatan data untuk pembangunan luar bandar, bancian sumber tanah, perancangan bandar, kawalan dan penyeliaan bencana serta bandar pintar.

Ini merupakan misi kali ke-376 bagi roket pembawa Long March. – Bernama, 3 Julai, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen