Kementerian haji Arab Saudi mula proses permohonan haji musim ini


Kementerian haji Arab Saudi menerima 558,000 permohonan haji di bawah fasa pertama, 51% daripadanya terdiri pemohon lelaki selebihnya wanita. – Gambar EPA, 2 Julai 2021.

KEMENTERIAN Haji dan Umrah Arab Saudi kini dalam proses meneliti  permohonan untuk menunaikan haji tahun ini, kata Setiausaha Rendah kementerian itu Hisham bin Abdel Moneim Saeed.

Individu yang layak dan memenuhi syarat akan dimaklumkan menerusi pesanan teks, katanya dalam satu kenyataan lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Beliau menjelaskan sebanyak 558,000 permohonan telah diterima di bawah fasa pertama, 51% daripadanya terdiri pemohon lelaki selebihnya wanita.

 Proses itu mengambil masa 10 hari bekerja. – Bernama, 2 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen