Pakistan gantung aplikasi TikTok


Awal bulan ini, himpunan anti TikTok diadakan, dengan penunjuk perasaan mendakwa aplikasi itu menyebarkan bahan homoseksual di platform itu. – Gambar EPA, 2 Julai, 2021.

PIHAK berkuasa Pakistan semalam sekali lagi menyekat penggunaan aplikasi media social popular TikTok selepas mahkamah membenarkan satu petisyen rakyat persendirian yang mendakwa syarikat itu mempromosikan kelucahan.

“Larangan terhadap TikTok berkuatkuasa hari ini,” kata wakil pemohon, dan pengguna mengesahkan mereka tidak dapat akses kepada akaun aplikasi itu akan menontotn klip video pendek yang dihasilkan menerusi aplikasi itu.

TikTok yang dimiliki China ditutup dua kali sebelum ini di Pakistan kerana didakwa mengandungi bahan tidak senonoh – pada Mac lalu, di mana syarikat itu kemudian berjanji menyediakan bahan lebih baik.

Awal bulan ini, himpunan anti TikTok diadakan, dengan penunjuk perasaan mendakwa aplikasi itu menyebarkan bahan homoseksual di platform itu.

Mahkamah Tinggi Sindh berkata penggantungan aplikasi itu hingga tarikh pendengaran petisyen berkenaan pada 8 Julai. – AFP, 2 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen