Industri automotif terjejas walau ada moratorium, kata peniaga kenderaan


Bernard Saw

Pakej bantuan terbaru Putrajaya tidak banyak membantu mereka yang berada dalam industri automotif, kata peniaga kenderaan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Julai, 2021.

PAKEJ bantuan terbaharu Putrajaya yang dinamakan Pemulih tidak banyak membantu mereka yang berada dalam industri automotif, kata peniaga kenderaan.

Mereka berkata banyak perniagaan yang mengalami masalah aliran tunai tidak akan mendapat keuntungan daripada moratorium pinjaman automatik yang diberikan di bawah pakej tersebut.

Tambah mereka, penyelesaian terbaik adalah membiarkan peruncit kereta dan motosikal dibuka semula. Peruncit itu kini dianggap tidak penting dan akan kekal ditutup sepanjang fasa 1 pelan pemulihan negara.

Presiden Persatuan Saudagar Kereta dan Syarikat Kredit Negeri Sembilan Teh Seng Hap berkata 20 peratus industri automotif akan terpaksa tangguh perniagaan jika kerajaan tidak membenarkan mereka beroperasi segera.

“Banyak peniaga kenderaan bergantung pada pinjaman bank untuk membeli stok tetapi sekarang mereka tidak dapat pindah stok sebab mereka tidak dibenarkan beroperasi. Ini merupakan tamparan besar bagi perniagaan mereka,” kata Teh kepada The Malaysian Insight.

Katanya, dalam kes peniaga kereta terpakai yang mungkin tidak layak mendapat pinjaman bank, mereka akan meminjam di tempat lain dan tidak akan dapat faedah daripada moratorium tersebut.

Mereka juga menghadapi kesulitan memiliki terlalu banyak kereta terpakai tetapi tidak dapat menjualnya untuk membayar pinjaman dan menanggung pelbagai lagi perbelanjaan.

“Kita kena bayar sewa dan upah kakitangan untuk jaga kereta di kedai. Walaupun kita tak dapat buka, kita masih kena bayar elektrik.”

Moratorium bantu pembeli, bukannya peniaga

Teh berkata moratorium pinjaman automatik diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin lebih membantu pembeli individu dan perusahaan kecil dan sederhana bukannya peniaga kenderaan.

Katanya kerajaan perlu melihat dengan lebih dekat semua industri dan bukannya membiarkan hanya sektor-sektor utama sahaja dibuka semula.

Penjual kenderaan tersebut tidak menggaji ramai orang, tidak seperti industri dan kilang yang menggunakan sebilangan besar orang dan telah menyumbang kepada sebilangan besar kluster.

Katanya, peniaga kecil kereta mungkin hanya ada tiga hingga lima orang pekerja sementara peniaga sederhana tidak lebih daripada 10 pekerja. Penjual besar kereta mungkin mengguna lebih 30 orang tetapi mereka tidak berhubung rapat setiap hari. – 2 Julai, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen