Putrajaya diberi tempoh 3 minggu selesai isu doktor kontrak


Ragananthini Vethasalam

Putrajaya diberi amaran mogok akan diteruskan jika isu penempatan pegawai perubatan kontrak ke dalam perkhidmatan tetap tidak selesai dalam tempoh tiga minggu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Julai, 2021.

MOGOK akan diteruskan jika Putrajaya enggan menyelesaikan isu penempatan pegawai perubatan kontrak ke dalam perkhidmatan tetap dalam tempoh tiga minggu, kata penganjur gerakan Hartal Doktor Kontrak.

Gerakan itu semalam menghantar surat amaran terbuka kepada agensi-agensi kerajaan, antaranya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kesihatan dan Majlis Perubatan Malaysia.

Mengulangi amaran itu hari ini, jurucakap Hartal Doktor Kontrak Dr Mustapha Kamal berkata isu jawatan tetap bagi pegawai perubatan kontrak sepatutnya diselesaikan dalam tempoh lima tahun lalu.

“Kami beri tempoh 3 minggu untuk selesaikan isu ini. Jika tidak, kami akan mogok sehari sebagai tanda solidariti (kepada pegawai kontrak). Sudah cukuplah kami bertahan,” kata Dr Mustapha melalui sidang media dalam talian hari ini. 

Mogok akan diadakan pada 26 Julai jika Putrajaya gagal memenuhi tuntutan mereka, tambahnya. Beliau Dr Mustapha bagaimanapun memberi jaminan rancangan mogok sehari itu tidak akan menjejaskan perkhidmatan penjagaan kesihatan.

Menurutnya, kini sudah tiba masanya bagi kerajaan merangka pelan jangka panjang dan pendek bagi pegawai perubatan kontrak di negara ini.

Data Kementerian Kesihatan mendedahkan seramai 23,077 pegawai perubatan UD41 dilantik secara kontrak bagi menjalani latihan siswazah dan khidmat wajib bagi tempoh Disember 2016 hingga 31 Mei 2021.

Bagiamanapun, daripada jumlah itu hanya seramai 789 ditawarkan pelantikan tetap. – 1 Julai, 2021. 

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen