Pelancong ke Perancis tanggung ujian Covid-19 mulai 7 Julai


Pelancong asing ke Perancis perlu membayar kos untuk ujian saringan Covid-19 bermula 7 Julai. – Gambar EPA, 1 Julai, 2021.

PELANCONG asing yang mengunjungi Perancis perlu membayar kos untuk ujian saringan Covid-19 bermula 7 Julai, kata jurucakap kerajaan Gabriel Attal.

“Kami memutuskan untuk mengenakan bayaran kepada pelancong asing sebanyak €49 (AS$58) untuk ujian PCR dan €29 (AS$34) ujian antigen,” kata Attal dalam wawancara dengan Les Echos, lapor Agensi Berita Sputnik.

Menurutnya, ini adalah langkah timbal balik memandangkan pelancong Perancis juga perlu membayar kos ujian saringan Covid-19 jika berkunjung di kebanyakan negara lain. 

Buat masa sekarang di Perancis, semua ujian sama ada PCR dan antigen adalah percuma. – Bernama, 1 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen