Mahkamah Itali hukum penjara wanita kerana hina Islam


Seorang wanita di Itali dihukum penjara 3 tahun setengah kerana didapati bersalah hina Islam. – Gambar EPA, 1 Julai, 2021.

SEORANG wanita yang mempunyai dua kerakyatan Maghribi-Itali dijatuhi hukuman penjara 3 tahun setengah kerana “menghina Islam”, selepas secara tidak sengaja menerbitkan satira ayat Al-Quran di Facebook, kata ayahnya pada Rabu.

Ditahan awal bulan ini di lapangan terbang Rabat ketika tiba dari Perancis, wanita berusia 23 tahun itu “tidak tahu” beliau menjadi subjek waran tangkap, menurut bapanya, yang meminta meminta agar nama mereka dua beranak tidak disebut.

Pada April 2019, wanita itu berkongsi di Facebook ayat bahasa Arab yang meniru petikan daripada Al-Quran, “tanpa mengetahui kandungannya, kerana tidak fasih berbahasa Arab”, kata bapanya.

Prosiding undang-undang dimulakan selepas persatuan agama di Marrakesh mengemukakan aduan terhadapnya.

Wanita muda itu pada Isnin dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun setengah, bersama denda hampir AS$6,000, kerana “menghina agama Islam”, kata ayahnya.

“Saya melawatnya hari ini, beliau benar-benar sedih - mereka telah merosakkan masa depannya,” ujar beliau.

Keluarga itu berhasrat untuk membuat rayuan.

Artikel 267 Kanun Keseksaan Maghribi menetapkan hukuman antara 6 bulan hingga 2 tahun penjara atas kesalahan “menghina Islam”, tetapi hukumannya meningkat hingga maksimum lima tahun jika kesalahan tersebut dilakukan di depan khalayak umum, termasuk melalui platform elektronik. – AFP, 1 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen