Pelajar sambung belajar ke luar negara boleh mohon vaksin di MySejahtera, kata Khairy


Raevathi Supramaniam

PELAJAR Malaysia ke luar negara untuk menyambung pelajar boleh mengemukakan permohonan janji temu vaksin mereka melalui ciri baharu di aplikasi MySejahtera, kata Khairy Jamaluddin.

Ciri yang disediakan pada 28 Jun itu bagi membantu memudahkan proses pelajar ke luar negara bagi menyambung pelajaran.

“Permohonan mereka akan diproses dalam masa 10 hari, mereka dapat memeriksa status di aplikasi berkenaan.

“Bersama permohonan, mereka mesti melampirkan pengesahan pendaftaran dari universiti masing-masing,” kata Khairy pada sidang media bersama Menteri Kesihatan Adham Baba di Putrajaya hari ini.

Khairy yang merupakan menteri penyelaras program imunisasi Covid-19 kebangsaan berkata, pelajar perlu membawa surat pendaftaran mereka pada hari janji temu untuk pengesahan.

Bagi mereka yang ingin pergi ke luar negara untuk bekerja, rawatan perubatan atau tujuan lain, Khairy berkata mereka boleh menulis menerusi emel ke [email protected]. – 30 Jun, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen