Muhyiddin masuk hospital cirit-birit, kata Pejabat Perdana Menteri


Pejabat Perdana Menteri dalam kenyatan hari ini memaklumkan Muhyiddin Yassin mengalami diarea sejak semalam.– Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Jun, 2021.

PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin dimasukkan ke hospital pagi ini kerana mengalami cirit-birit, kata pejabatnya.

“Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri telah mengalami diarea sejak semalam.

“Sehubungan itu beliau telah didaftar masuk ke sebuah hospital di ibu negara pagi ini untuk menerima rawatan dan pemantauan,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu tidak memberi sebarang penjelasan lanjut.

Awal tahun ini, Muhyiddin yang disahkan mengidap kanser pankreas pada 2018 mengumumkan beliau sudah bebas sepenuhnya daripada kanser. 

Muhyiddin lazimnya hari ini akan mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk mesyuarat mingguan sebelum mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri. – 30 Jun, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen