ABU Dhabi hanya akan membenarkan mereka yang sudah disuntik vaksin Covid-19 untuk masuk ke beberapa tempat awam mulai 20 Ogos ini, lapor Gulf News.
Keputusan itu diumumkan oleh jawatankuasa krisis dan bencana Abu Dhabi selepas 93% daripada kumpulan sasar lengkap diberikan vaksin.
Antara kawasan yang terlibat dengan syarat vaksinasi itu termasuk pusat membeli belah, restoran serta kedai runcit di luar pusat membeli belah, kecuali kedai barangan perlu seperti pasar raya dan farmasi.
Syarat sama juga dikenakan ke atas pusat rekreasi, muzium dan pusat kebudayaan, taman tema, serta institusi pendidikan termasuk sekolah.
Syarat itu juga bagaimanapun tidak terpakai bagi mereka yang dikecualikan daripada disuntik vaksin. – Agensi
Komen