8 terbunuh, 50 cedera dalam kebakaran di Portugal 


Anggota bomba Portugal bertungkus lumus memadam kebakaran hutan yang berlaku di negara berkenaan pada Oktober lalu. Kebakaran di sebuah pusat komuniti di Tondela menyebabkan 8 orang maut.– Gambar EPA, 14 Januari, 2018.

KEBAKARAN di pusat komuniti tempatan di utara Portugal pada lewat Sabtu, menyebabkan lapan orang terbunuh manakala 50 orang lagi dilaporkan cedera, kata polis. 

“Kira-kira 70 orang sedang menikmati makan malam di bangunan berkenaan ketika kebakaran tercetus dan kami menerima laporan jumlah kematian dan antara 50 dan 60 orang cedera, kata ketua pertahanan awam Paulo Santos kepada AFP. 

Kebakaran itu berlaku berhampiran Tondela yang terletak di antara utara bandar Coimbra dan Viseu yang terjejas teruk akibat kebakaran hutan pada Oktober tahun lalu dengan lebih ramai mangsa dikejarkan ke hospital menggunakan helikopter, katanya.

Datuk bandar Tondela, Jose Antonio Jesus memberitahu stesen televisyen RTP, kebakaran itu tercetus apabila dapur kayu meletup ketika orang ramai berkumpul untuk pertandingan kad Sueca, yang merupakan permainan popular di Portugal. 

Kebakaran itu merebak dengan pantas namun dapat dikawal sejam kemudian, kata jabatan bomba Tondela. – AFP, 14 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen