Hutang kad kredit tak termasuk dalam moratorium pinjaman, kata persatuan bank


Raevathi Supramaniam

MORATORIUM pinjaman selama enam bulan yang diumumkan oleh Putrajaya semalam tidak boleh digunakan untuk hutang kad kredit, kata persatuan bank.

Sebaliknya penghutang mempunyai pilihan untuk menukar hutang kad kredit kepada pinjaman tiga tahun dengan kadar faedah atau keuntungan dikurangkan bagi membantu peminjam menguruskan hutang mereka dengan lebih baik.

Dalam satu kenyataan petang ini, Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) berkata bahawa mereka akan menawarkan moratorium untuk ansuran semua kemudahan kredit (tidak termasuk kad kredit).

Ini sejajar dengan pelaksanaan pakej bantuan Pemulih yang diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagi membantu rakyat Malaysia mengatasi keadaan wabak semasa. 

Moratorium pinjaman enam bulan diberikan kepada semua individu dalam semua kumpulan pendapatan, perusahaan mikro serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas oleh wabak Covid-19, kata persatuan itu.

Kemudahan ini bagaimanapun hanya layak untuk pinjaman yang diluluskan sebelum sebelum 1 Julai dan tidak boleh mempunyai tunggakan lebih 90 hari pada hari permohonan.

“Peminjam atau pelanggan yang ingin mengambil moratorium ini perlu menghubungi bank mereka mulai 7 Julai dan seterusnya,” kata persatuan itu, mengingatkan semua pelanggan untuk memohon moratorium melalui saluran digital dan melalui telefon berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) peminjam yang memilih moratorium tidak akan terjejas.

Awal hari ini Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata moratorium berkenaan bukan tanpa faedah. https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/324389

Bagaimanapun bank akan mengetepikan bayaran faedah dan caj penalti yang dikenakan sepanjang moratorium pinjaman enam bulan di bawah Pemulih.

Pakej bantuan Pemulih bernilai RM150 bilion dan bertujuan membantu perniagaan dan individu sepanjang tempoh PKP. D

Dengan pakej terbaru, keraja mengumumkan bantuan berjumlah RM520 bilion. – 29 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen