India catat 37,566 kes baharu Covid-19, 907 kematian


India melaporkan kurang daripada 40,000 kes baharu setiap hari selepas 102 hari, kata kementerian kesihatan negara itu dalam satu kenyataan. – Gambar EPA, 29 Jun, 2021.

INDIA melaporkan 37,566 jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, mengumpul jumlah jangkitan keseluruhan sebanyak 30,316,897 pada Selasa.

“India melaporkan kurang daripada 40,000 kes baharu setiap hari selepas 102 hari,” kata Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan. 

Korban pula meningkat kepada 397,637 dengan 907 kematian dicatat sejak pagi Isnin, lapor Xinhua.

Masih terdapat 552,659 kes aktif di negara ini selepas mencatat penurunan 20,335 kes dalam tempoh masa 24 jam.

Setakat ini, 29,36,601 pesakit telah pulih dan dibenar keluar dari hospital. – Bernama, 29 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen