POLIS di Greece berjaya mendapatkan semula lukisan karya Picasso yang dicuri pada 2012 dari Galeri Nasional, dan menangkap seorang suspek dalam kejadian pencurian itu, kata pihak berkuasa pada Isnin.
Karya bertajuk ‘Head of a Woman’ yang dihadiahkan Pablo Picasso kepada Greece pada 1949, ditemui di kawasan luar bandar Keratea, kira-kira 45 kilometer tenggara Athens, kata agensi negara ANA.
Lukisan lain yang dicuri dalam rompakan sama itu adalah ‘Stammer Windmill’ karya Piet Montrian yang turut dijumpai, kata agensi itu.
Pegawai akan memberikan maklumat lanjut mengenai kes itu pada Selasa, kata kementerian budaya.
Seniman Sepanyol itu telah menghadiahkan lukisan jenis kubik itu kepada negara Greece sebagai penghormatan kerana penentangan terhadap Nazi Jerman.
Di belakang karya itu, sebuah prasasti ditulis dalam bahasa Perancis: “Buat rakyat Greece, penghormatan daripada Picasso.”
Pada Januari 2012, dua lelaki dipercayai memecah masuk Galeri Nasional dan memotong lukisan-lukisan keluar dari bingkai.
Waktu rehat ketika itu hanya sekitar tujuh minit.
Lakaran oleh seniman Itali abad ke-16 Guglielmo Caccia, yang lebih dikenali sebagai Moncalvo, juga dicuri dalam rompakan yang sama.
Laporan kemudian mendapati keselamatan Galeri Nasional belum ditingkatkan sejak 2000.
Beberapa kawasan di muzium ini berada di luar jangkauan kamera keselamatan, sementara penggera rosak dan kerap berbunyi tanpa sengaja.
Pada malam pencurian, pencuri telah mengeluarkan penggera dengan memanipulasi pintu yang tidak terkunci, mengalihkan tumpuan keselamatan sebelum menyelinap masuk ke dalam bangunan.
Satu-satunya pengawal yang bekerja ketika itu memberitahu polis dia mengejar seorang pencuri, yang menjatuhkan lukisan Mondrian yang lain.
Pencurian, berlaku ketika Greece sedang berhadapan krisis hutang yang parah diikuti oleh satu lagi rompakan berprofil tinggi yang mengambil hampir 8p artifak arkeologi daripada muzium Olympia yang dikhaskan kepada temasya Olimpik kuno.
Barang-barang itu dijumpai beberapa bulan kemudian. – AFP, 29 Jun, 2021.
Komen