ANGKA korban dalam insiden bangunan kondominium runtuh di Surfside, Florida, meningkat kepada 11 orang, kata Datuk Bandar Miami-Dade Daniella Levine Cava semalam.
Cava berkata jumlah mangsa yang dikenal pasti seramai 136 orang dan misi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengesan 150 lagi masih hilang.
“Jumlah mangsa mungkin akan berubah. Kami masih kemas kini senarai mangsa dan menerima lebih banyak panggilan serta maklumat daripada ahli keluarga,” katanya pada sidang media lapor Xinhua.
Beliau berjanji akan menyiasat dengan terperinci untuk mengenal pasti punca sebenar sebahagian bangunan kediaman Champlain Towers South itu runtuh.
“Pihak kita sudah melantik jurutera untuk mengkaji struktur bangunan itu,” katanya.
Menurut satu laporan pada 2018, jurutera pernah menimbulkan kebimbangan mengenai kerosakan struktur kondominium yang dibina pada 1981 itu. – Bernama, 29 Jun, 2021.
Komen