BERPULUH-PULUH wartawan Palestin berarah di luar bangunan PBB di Ramallah semalam, mendesak kebebasan media susulan insiden keganasan dengan polis Palestin yang tercetus akibat kematian seorang aktivis dalam tahanan.
Nizar Banat, 43, dari Hebron terkenal kerana video media social yang mengupas tentang dakwaan rasuah dalam Pihak Berkuasa Palestin (PA), meninggal dunia minggu lalu tidak lama selepas pasukan tentera menyerbu rumahnya dan menahannya dengan ganas, kata keluarga mangsa.
Pertembungan antara penunjuk perasaan dengan polis selama berhari-hari menyebabkan ramai wartawan cedera.
Dozens of Palestinian journalists rallied outside a UN building in Ramallah Monday to demand press
Reporters Without Borders (RSF) berkata ketegangan berlaku pada hujung minggu lalu di Tebing Barat di mana 12 wartawan Palestin termasuk lima wanita, diserang polis Palestin.
Naila Khalil, wartawan The New Arab berkata wartawan Palestin menyerahkan surat kepada PBB menggesa badan dunia itu mengambil langkah segera dan perlu bagi melindungi kebebasan media.
Mohammed Gharafi dari portal berita Ultra Palestine berkata beliau diganggu tentera Palestin yang mengugut untuk merampas telefon bimbitnya jika tidak berhenti merakamkan protes itu.
Perdana Menteri Palestin Mohammed Shtayyeh tindakan akan diambil terhadap mereka yang menyebabkan kematian Banat.
Berdasarkan laporan bedah siasat, Banat dipukul di bahagian kepala, dada, leher, kaki dan tangan, dalam tempoh kurang sejam antara penahannya dan kematiannya.
Banat mendaftarkan diri sebagai calon dalam pilihan raya Parlimen Palestin yang dijadualkan pada Mei sebelum Presiden Palestin Mahmud Abbas menangguhkannya. – AFP, 29 Jun, 2021.
Komen