Perth pula dikenakan perintah berkurung


Perth dikenakan perintah berkurung selama empat hari bermula hari ini, selepas Sydney dan Darwin ketika Australia mengambil pendekatan berhati-hati terhadap Covid-19 varian Delta. – Gambar EPA, 29 Jun, 2021.

PENDUDUK di barat Australia, iaitu Perth dikenakan perintah berkurung selama empat hari bermula hari ini, menjadikan ia bandaraya ketiga terbesar di negara itu yang berdepan sekatan pergerakan sebagai langkah mencegah penularan Covid-19 varian Delta.

Hanya tiga kes positif dikenal pasti di Perth sejak varian lebih ganas itu pertama kali dikesan tetapi pihak berkuasa tempatan mengambil pendekatan berhati-hati terhadap setiap kluster koronavirus.

“Kami tahu risiko Covid-19 masih ada dan varian Delta ada di seluruh dunia, dan kami mahu berhati-hati,” kata Ketua Menteri Australia Barat Mark McGowan pada sidang akhbar lewat malam semalam.

Lebih dua juta penduduk di Perth dan kawasan sekitarnya kini sama seperti Sydney dan Darwin yang dikenakan perintah sekatan pergerakan.

Australia antara negara yang berjaya mengawal kluster Covid-19, tetapi kini bergelut dengan gelombang jangkitan  dengan virus yang berjangkit dengan pantas.

Hampir 7.4 juta dos vaksin sudah diberikan kepada penduduk setakat ini, dengan kurang 5% dilaporkan sudah menerima lengkap dua dos.

Kes jangkitan terbesar berlaku di Sydney di mana 132 individu didapati positif Covid-19 susulan kes seorang pemandu membawa anak kapal penerbangan antarabangsa yang disahkan positif pada pertengahan Jun. – AFP, 29 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen