Switzerland singkir Perancis dalam Euro 2020


Peminat meraikan kemenangan Switzerland ketika menentang Perancis pada saingan Euro 2020 di Stadium National Arena di Bucharest, Romania awal pagi tadi. – Gambar EPA, 29 Jun, 2021.

KYLIAN Mbappe gagal menyempurnakan penalti penting ketika Switzerland mengejutkan juara dunia Perancis pada saingan Euro 2020 sebentar tadi, menang 5-4 menerusi penentuan penalti pada aksi kelompok 16 terakhir selepas terikat 3-3 pada masa sebenar.

Penalti Mbappe yang juga bintang Perancis pada Piala Dunia 2018, diselamatkan penjaga gol Yann Sommer ketika Switzerland menang saingan peringkat kalah mati buat pertama kali dan mara ke kelompok lapan terakhir bertemu Sepanyol.

Haris Seferovic meletakkan Switzerland di depan pada masa sebenar dan dua gol daripada Karim Benzema serta Paul Pogba menukar keadaan.

Bagaimanapun satu lagi gol Seferovic dan Mario Gavranovic menyebabkan tambahan masa dalam perlawanan yang berlangsung di Bucharest itu. – AFP, 29 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen