Perintah berkurung di bandar Congo selepas letupan bom


Pada pagi Ahad, sebutir bom meletup di sebuah gereja Katolik di bandar itu, mencederakan dua wanita, diikuti beberapa jam kemudian oleh pengebom bunuh diri di luar sebuah bar. – Gambar AFP, 28 Jun, 2021.

BANDAR Beni dikejutkan pula dengan perintah berkurung pada Isnin selepas tiga bom menggegarkan timur Republik Demokratik Congo itu, dengan pihak berkuasa memberi amaran ada laporan lebih banyak letupan sedang dirancang.

“Saya tidak mahu lihat sesiapa pun di jalanan,” kata Datuk Bandar Beni, Narcisse Muteba pada Ahad ketika beliau mengumumkan perintah berkurung. 

“Semua orang perlu duduk di dalam sebab kita ada maklumat sesuatu yang lain sedang dirancang.”

Pada pagi Ahad, sebutir bom meletup di sebuah gereja Katolik di bandar itu, mencederakan dua wanita, diikuti beberapa jam kemudian oleh pengebom bunuh diri di luar sebuah bar.

Sehari sebelumnya, bom meletup di sebelah sebuah stesen minyak di pinggir Beni tanpa menyebabkan kerosakan.

Beni berada di wilayah Kivu Utara, salah satu dari dua wilayah Presiden Felix Tshisekedi ditempatkan di bawah “pengepungan” pada 6 Mei dalam usaha untuk memerangi keganasan militan di wilayah tersebut.

Serangan gereja itu menandakan pertama kalinya sebuah bangunan Katolik disasarkan di daerah itu, yang dilanda kekerasan yang meningkat dari militan Angkatan Demokratik Sekutu (ADF), yang telah membuat pembunuhan beramai-ramai dalam 18 bulan terakhir.

“Saya cuma ingin nampak polis dan tentera di jalanan,” kata Datuk Bandar Muteba, yang juga seorang kolonel polis, ketika mengumumkan perintah berkurung. – AFP, 28 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen